Benar orang cakap, lelaki baik untuk wanita baik. Isteri kongsi kisah bertahun-tahun bergelumang dosa bersama suami.

loading...
Benarlah kata orang, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat.


Perkahwinan aku tidaklah seindah yang aku impikan. Aku berkenalan dengan suami aku sekarang di dalam keadaan kami yang sangat kotor. Penuh dengan maksiat, najis dadah dan noda dosa. Dunia kami indah selalu bagaikan semuanya milik kami sentiasa. Dadah, arak dan kelab malam menjadi makanan harian kami.

Tiga tahun berlalu dengan pantas dan kami pun menghalalkan perhubungan kami. Dengan izin Allah SWT, kami telah dianugerahkan permata hati yang pertama. Iya, aku memang sayangkan anak aku seperti nyawa aku sendiri. Aku mula berubah. Mula berubah untuk anakku.

Suami aku? Dia masih leka di dalam dunianya sendiri. Bahkan dia menjadi semakin teruk tenggelam dengan najis dadahnya. Dia hanya cari aku bila perlu dan buang aku ibarat sampah apabila sudah bosan. Sepak terajang menjadi suatu perkara kebiasaan.

Aku? Aku terus bersabar. Anak-anak menjadi penguat hati aku. Tahun berganti tahun. Aku melahirkan anak ketiga. Aku mula berhijab. Suami kata jangan munafik, hangat-hangat tahi ayam. Aku? Sabar Allah SWT itukan ada. Aku buang segala pakaian yang tidak cukup kain semua. Aku mula istiqomah. Ya berubah memang mudah tetapi istiqomah itu susah kerana orang sekeliling memandang serong pada diri aku.

Aku? Sabar. Allah SWT itukanada. Suami? Masih seperti biasa, kekal leka dengan dunianya. Hari-hari aku kesedihan. Allah SWT memberi setiap petunjuk bila hati ini gelisah. Ya setiap kali suami dengan perempuan lain, Allah SWT perlihatkan jalan untuk aku. Hari-hari aku terluka. Aku redha. Mungkin ini balasan pada aku atas segala kesalahan lampau aku. Anak membesar. Anak-anak jadi penguat hati aku. Aku lalui semua dengan senyuman untuk anak-anak aku.

6 tahun pun berlalu dengan pantas. Aku kini mengadung anak ke 4. Suatu malam Allah SWT tunjuk kuasanya. Telefon suami berbunyi “sayang” telefon. Aku angkat dengan hati yang kosong. Tanpa rasa. Tanpa marah tanpa dendam. Ya seorang perempuan, aku hulurkan telefon itu kepada suami dengan berkata “buah hati awak call” dengan langkah perlahan aku ambil anak kecilku dan bergurau senda dengannya.

Suami letak telefon dan perhatikan aku. Dengan perlahan dia dakap tubuh aku. Aku kaku. Keluar di mulutnya “tiada lagikah sayang awak pada saya?” Aku? Hanya mampu membisu. Senyum aku ukirkan. Hati aku kosong. Jiwa aku hancur. Suami menangis melutut meminta ampun segala silapnya. Aku berdiam. Hati isteri mana mampu tahan. Aku dakap dia erat. Ya Allah, sungguh aku rindu akan suamiku. Aku redha dengan segala apa yg terjadi.

Hari berganti hari, suami mula berubah. Tiada lagi dadah, tiada lagi maksiat. Tiada lagi sentuhan kasar. Tiada lagi dosa dia dimata aku dan harini sepuluh tahun berlalu dengan pantas, anak-anak penghibur harinya dan dia menjadi imam disetiap solatku.

Terima kasih ya Allah. Sungguh besar hikmah atas segala kesabaranku.
Wahai isteri, andai sayang akan rumahtangga yang kita bina makan bersabarlah. Kerana Allah itu sentiasa ada.
loading...
Share on Google Plus

0 ulasan:

Catat Ulasan