loading...
Semua ini untuk anak-anak pewaris negara.
Itulah semangat yang dibawa seorang guru penolong kanan kokorikulum, Ahmad Saidin Ishak yang menunggang motor sejauh 135km setiap hari daripada rumahnya ke sekolah.

Guru berusia 40 tahun ini berkhidmat di sebuah sekolah perkampungan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.
Menurut Ahmad Saidin, beliau memulakan perjalanan pada jam lima pagi dan perlu melalui jalan yang berliku, berlumpur, berbukit-bukit, dan berlubang.

Perjalanan ini diredah oleh guru berdedikasi ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan untuk anak-anak muridnya yang terdiri daripada kaum Orang Asli.
Walaupun dengan hanya membawa motor Yamaha 135 LC, Cikgu Ahmad Saidin tidak pernah patah semangat walaupun selalu jatuh motor dan tercedera.
Bukan sahaja Ahmad Saidin, guru-guru lain yang berkhidmat di sekolah itu turut merasai perjalanan ini dan menganggapnya rutin harian bekerja.
Demi mengajar dan mendidik anak-anak Orang Asli, para guru SK Lenjang tetap tabah mengharungi perjalanan yang mencabar ini. Terdapat para guru menggunakan motosikal dan juga kereta pacuan empat roda.
Menceritakan pengalamannya sendiri, beliau pernah menerima beberapa jahitan selepas terlanggar pokok buluh yang tumbang akibat angin kencang.
Selama empat tahun berkhidmat di sekolah itu, Cikgu Ahmad Saidin masih meneruskan rutin hariannya berulang-alik daripada rumahnya di Sungai Koyak dan ke sekolah.
Buat para guru di SK Lenjang, Selamat Hari Guru dan pujian kepada anda di atas pengorbanan yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
loading...

0 ulasan:
Catat Ulasan