Allahu Akbar besar nya dugaan ibu ini dimalam ke 14 Ramadan .. jasad anak perempuan nya mimi tergantung didalam bilik tidur pukul 11 malam jumaat .. sumber awal kes putus cinta..Allahuu

loading...



Melaka: ” Dia anak yang baik saya tidak percaya sebab putus cinta dia buat macam tu, luahan sayu seorang ibu yang dikenali dengan nama ina amat terkejut melihat tubuh anak nya mimi 14′ tergantung dalam bilik tidur malam tadi.
Harap semua pihak jiran dan sahabat handai jangan mambuat kesimpulan yang melulu apa yang berlaku, saya kenal anak saya kita tunggu keputusan bedah siasat jasad mimi, saya amat sedih dan terkilan apa yang berlaku hormati lah perasaan keluarga kami, katanya
Harian Metro melaporkan pelajar perempuan ditemui mati tergantung di rumahnya dalam kejadian di Nyalas, Jasin, kira-kira jam 11 malam tadi.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun itu nekad bertindak demikian dipercayai akibat putus cinta dengan teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, curiga anaknya tidak menyahut panggilan ibu pelajar terbabit kemudian masuk kedalam bilik sebelum menemuinya dalam keadaan tergantung.
Menurutnya, kali terakhir mangsa bersama keluarga kira-kira jam 8.30 malam.
“Difahamkan sebelum kejadian mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan malah berbuka puasa dan menonton televisyen seperti biasa.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum disahkan sudah meninggal,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa menggunakan tali dan selendang untuk menggantungkan diri.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal kerana jerutan di leher dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Al fatihah
loading...
Share on Google Plus

0 ulasan:

Catat Ulasan