Siti Kasim Mahu Kerajaan Banteras Puak Ulama?

loading...
Nama Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim secara logiknya telah dikenali rata-rata rakyat malaysia dengan beberapa isu yang menyentuh agama sebelum ini. Kali ini sekali lagi Siti Kasim cuba mencetuskan satu lagi fenomena yang mampu menimbulkan kemarahan majoriti rakyat malaysia.




Siti kasim dengan kenyataan terbarunya apabila dia mengatakan rakyat Malaysia secara umumnya menerima golongan LGBT, tetapi bila adanya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, ia akan memberi kesan untuk golongan LGBT dan melayu sepertinya yang ada di Malaysia ini.
Siti Kasim juga mendakwa dengan mengatakan golongan pondan dan mak nyah ada kemungkinan tinggi untuk diberkas sebab ada undang-undang Syariah yang melarang lelaki untuk berpakaian seperti wanita.

Katanya lagi “Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral”.

Ini bermakna siti kasim bermaksud golongan pondan hanya boleh diberkas apabila benar-benar didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan tidak diterima masyarakat.

Seperti bimbang dengan situasi LGBT di Malaysia Siti Kasim terus bersuara dengan mengatakan sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras puak-puak warak yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan menjadi seperti negara jiran Indonesia di mana kerajaan mereka yang sedang aktif membanteras golongan LGBT.



Sebelum ini Siti Kasim pernah menyentuh sensitiviti keagamaan dengan mendakwa ‘Tuhan dihasilkan dari getaran dalam diri seseorang’. Selain itu Wanita melayu yang tidak diketahui status agamanya sebelum ini juga pernah merayu kepada masyarakat bukan islam agar membiak dengan lebih ramai lagi supaya mereka boleh berjuang bersama dengannya dalam menentang pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara ini.
loading...
Share on Google Plus

0 ulasan:

Catat Ulasan