loading...
Ibu bapa kepada seorang bayi di China memohon bantuan orang ramai selepas dikejutkan dengan keadaan fizikal bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan.
Seorang bayi di China dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki dalam satu kes ekstrim penyakit yang jarang ditemui.
Bayi lelaki berusia 3 bulan yang diberi nama julukan Hong Hong itu merupakan anak kepada dua orang pekerja asing dari perkampungan Zhongping di bahagian tengah wilayah Hunan, China.
Hong Hong menghidap sejenis penyakit jarang ditemui yang dinamakan polydactyly, yang boleh ditemui pada manusia, anjing, dan kucing. Bayi ini mempunyai dua tapak tangan pada kedua tangannya dan tidak mempunyai ibu jari.
Hong Hong mempunyai 31 jari secara keseluruhan

Gambar: CEN/australscope
“Isteri saya mempunyai satu jari lebih pada setiap tangan dan kakinya, jadi kami berasa sangat bimbang yang anak kami akan mewarisi masalah tersebut,” jelas Zou, ayah kepada Hou Hou.
“Tapi setelah diperiksa di tiga buah hospital besar di Shenzhen, doktor tidak menemui sebarang kecacatan pada anak kami pada imej imbasan,” tambah Zou.
Hong Hong menerima nasib yang sama seperti ibunya
Gambar: CEN/australscope
Pasangan ibu bapa itu kini berharap agar mereka dapat mengumpulkan jumlah wang yang mencukupi untuk membiayai kos pembedahan anaknya untuk merawat sindrom tersebut.
Pembedahan itu boleh merawat polydactylism dan diharapkan bayi tersebut akan dapat menjalani zaman kanak-kanak tanpa stigma dan tekanan sosial sepertimana kanak-kanak normal yang lain.
Namun, keluarga pekerja asing ini tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk mengumpul wang sebanyak 100 000 hingga 500 000 Yuan (RM62 775.94 hingga RM313 879.70) yang diperlukan untuk memiayai rawatan Hou Hou.
Mereka kini berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pertubuhan kebajikan tempatan dan berharap masyarakat umum dapat membantu mereka.
Keluarga ini mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengumpul wang yang mencukupi untuk membiayai pembedahan Hou Hou
Gambar: CEN/australscope
Sumber: News.com.au
loading...

0 ulasan:
Catat Ulasan