Kerana terlalu rindu akan tuannya yang sudah meninggal dunia, genap dua minggu ‘Abang’ si kucing turut mengikuti jejak tuannya.

loading...
Kehidupan ini banyak berlandaskan cinta dan kasih sayang. Perjuangan untuk negara kerana cinta pada negara, perkahwinan dua individu kerana rasa cinta dan persahabatan dengan rakan-rakan juga disebabkan cinta dan kasih sayang.
Malah, perasaan kasih dan sayang ini turut berlaku antara manusia dan haiwan. Itulah kehidupan di dalam dunia ini.


Bak kata Charlie Chaplin dalam filem The Great Dictator (1940), “Antara kita semua, inginkan hidup saling tolong-menolong antara satu sama lain. Itulah nilai kemanusiaan. Kita ingin hidup dan merasai kegembiraan bersama dan bukan merasai dan melihat kesengsaraan.”
Dalam sebuah kisah terbaru, seekor kucing yang diberi nama ‘Abang’ tidak dapat menahan rindu ke atas kematian tuannya.
Tuannya itu ialah ayah kepada saudara Azreen MJ, yang berkongsi kisah ‘Abang’ melalui laman Faceboook miliknya.
Ayah Azreen, dianggap sebagai sahabat dan teman oleh ‘Abang’.
Hubungan mereka bukan sekadar binatang peliharaan-tuan sahaja malah lebih daripada itu.
Ketika hidup, si kucing dan tuan ini makan bersama, berborak, dan bermanja setiap hari.
Malah, jika tuannya bersembahyang, ‘Abang’ tetap menemani di sisinya.
Arwah ayah Azreen menjaga ‘Abang’ dengan sebaik-baiknya. Kebersihan, pemakanan, dan kesihatan sentiasa diambil berat olehnya.
Apabila ayahnya meninggal, fizikal dan emosi ‘Abang’ berubah serta-merta.
Daripada seekor kucing yang sihat dan gebu, kucing ini menjadi kurus, kerap termenung dan tidak aktif.
Makan tidak mahu, main pun tidak mahu.
Keadaan ‘Abang’ selepas kematian tuannya.
‘Abang’ seolah-olah menunggu kepulangan tuannya walaupun dia sedar tuannya itu tidak akan kembali.
Kerana kasihan melihat Si Abang, Azreen membawa kucing ini melawat kubur arwah ayahnya.
Perasaan ‘Abang’ sedikit gembira mendengar hal itu dan mengiau selepas dua minggu tidak bersuara.
Ketika membawa ‘Abang’ ke tanah perkuburan, ia menjadi bertenaga dan mampu mencari pusara ayahnya walaupun ia tidak tahu lokasi sebenar pusara tuannya itu.
Ajaibnya, ‘Abang’ baring di sisi kubur itu dan mencium-ciumnya melepaskan rindu.
Berputik sedikit keceriaan daripada air muka ‘Abang’ selepas sugul sepanjang masa.
Cinta antara ‘Abang’ dan tuannya itu amat kuat dan membuktikan hubungan mereka luar biasa.
Namun demikian, ajal maut di tangan Tuhan. Pada hari Rabu lepas, dua minggu selepas pemergian tuannya, ‘Abang’ pula meninggal dunia.
Hari Rabu itu juga merupakan hari yang sama tuannya pergi buat selama-lamanya.
Mungkin kerana tidak tahan rindu, cinta dan kasih sayang mereka berlanjutan hingga ke akhir nyawa.
Selamat tinggal ‘Abang’, kau akan dikenang sebagai seekor kucing yang hebat.
‘Abang’ ditanam oleh Azreen MJ.
loading...
Share on Google Plus

0 ulasan:

Catat Ulasan